Saturday, May 28, 2011

Penat + Happy

Semenjak cuti berlangsung, rajin pula aku mengupdate blog ini. Hari ini agak letih juga. Pagi tadi pergi sekolah untuk perbincangan tentang powerpoint punya pertandingan. Aku, Mai dan Nadia mewakili sekolah untuk acara ini. Agak gementar kerana tidak tahu nak buat apa. Hahahaha, habislah kena marah dengan sir nanti.Tadi Naim bekas senior pun ada. Hahaha sir laaa menyakat kiteorang terlebih pula tadi. Grrrr.. Geram aja kami. Bila jumpa dia tadi rasa macam first time pulak jumpa. Waaa rupa paras boleh tahan.Hahaha.


Lepas tu, balik rumah pukul 12 pm. Dalam pukul 5.30 keluar rumah untuk pergi rumah Fahmi pula.Dia nak pergi umrah time cuti nanti. Seronok betul. Kiteorang tangkap gambar macam2. Dekat sana, kiteorang makan nasi ayam, kuih kole kacang dengan kek coklat beserta air oren dan buah tembikai tidak lupa juga kepada dadih. Semuanya sedap2. Adik2 yang dekat sana, alahai kecil2 dan comel2 gitu. Ada yang terlebih agresif pun ada. Haish macam.


Saya happy + gila = ?















Kata hati ngada2 yang sudah2lah tu berangan: Kami doakan Fahmi selamat pergi dan pulang. :)

Friday, May 27, 2011

Apa rasa ada banyak tangan?

Malam ini tak tahu kenapa terlalu awal ngantuknya. Mungkin sebab terlalu penat kemas rumah tadikan. Oh yer, SCHOOL HOLIDAY is starting now. Tidak sabar rasanya mahu menikmati kenikmatan sebagai pelajar sekolah. Ramai kata, " alangkah seronoknya kalau sudah habis sekolahkan? ". Majoriti berkata begitu. Sebenarnya, zaman persekolahan adalah zaman yang paling seronok dalam kitaran hidup manusia. Pelbagai agenda hidup kita berlaku di sekolah. Dapat kawan baru, kelas lawa, meja ala biasa2 saja, gaduh2 dengan rakan dan banyak lagi. Semua itu kita dapatkan di sekolah. Di sekolah, kawan2 kita semua sekepala dengan kita. Kalau kita dah besar, mana nak cari dah kawan macam itu? Haih, saya tidak mahu graduate sekolah.

Hehehe, semalam baru saja beli barang untuk buat keychain2 dekat http://kedaisus.blogspot.com/ . Sebenarnya dah lama ingin beli tapi minggu sebelum p
eperikasaan baru my mum bagi kebenaran. So Khamis hari tu, tempahla dekat dia. Macam2 aku beli. Dan total keseluruhan barang termasuk harga untuk pos laju, RM90. Tidak sabar nak dapat barang. Maybe hari Isnin or Selasa depan dptlah barang itu. Hehehe, cadangnya nak buatkan untuk mY BINGIES and untuk hari jadi farah mazuini and mira khairi. Tapi tidak tahulah cantik ke tidak. Setakat ini, sudah banyak design2 dari internet yang di ambil untuk di jadikan contoh. Yang senang2 jerlah. Lepas ini, kena belajar cara nak jahit insang pari and backstich. Hope mak cik saya boleh ajar. Dia dulu pergi kelas menjahit. Nanti apabila dah sampai barang and bendanya sudah menjadi dengan elok dan lawa, akan di postkan di blog ini untuk pencucian mata beramai2 ramai.



kalau ada banyak tangan, senang sikit nak peluk kawan2 saya 8 orang sekali dan tidak akan lepaskan mereka. Saya sayang gila2 dekat kawan2 saya. BINGIES, SOG, Budak2 KAA 2nd generation and Budak2 4 MUsytari.















kata hati ngada2 yang merasakan, afiqah baik pergi tidur sekarang: sememangnya saya ingin tidur. :0

Wednesday, May 25, 2011

Siapa tahu bulan 5 dan 6, bulan apakah??





Selesai sudah mengdesign blog ini. Macam2 dah buat. Tukar sana, tukar sini. Oh yer, tak sabar2 rasanya nak bercuti sekolah pada minggu hadapan. 2 hari saja lagi, waaaaaaa.

Mesti seronok sangat sampai tak sedar diri ini tengah berexam. Masih ada lagi 3 paper yang agak membebankan iaitu biology 1, physic 1 dan est 2. Adoi2, kenapalah wujudnya exam dalam dunia ini?? Tahu tak sepanjang bulan 5 ini, exam jer tidak habis2. Sekolah aku mula exam 6/5. Sampailah hari Jumaat nanti. Lamakan? Hampir sebulan, waktu diperuntukkan hanya untuk exam pertengahan tahun. Hahaha kalau dulu masa form 3 sekejap jer rasanya. Tapi bila masuk form 4, eh mengada - ngada pulak nak buat lama2. Kalau jadi hari Jumaat last exam, kiteorang nak pergi ENJOY dekat KFC, GIANT. Hahahaha enjoy makan dekat KFC pun jadilah, hahaha.

Mulai minggu depan cuti pun bermula. Waaaa sudah tidak sabar nak pergi bercuti ke Tambun, Perak. Orang lain pergi rombongan kita pun join sekali,saja buat2 sibuk.


pasti ini muka aku pada hari isnin naik cuti.










kata hati ngada2 yang sudah tidak sabar nak beli kain felt untuk buat hadiah kawan2 aku yang tidak habis2 mengingatkan hari jadi mereka : cinta melody, nissa dah mati..