Wednesday, April 27, 2011

berbulan sudaih :(

Apa khabar kepada semua!!! Lama gila tak update blog nie. kadang2 tu dah ada cerita nak story tapi bila balik jer rumah terus terlupa. Nasib baik hari ini ingat dari awal sampai akhir.

Minggu lepas semua orang berkisah nak pindah ke sana ke sini. Anis, Mighaa and Mya pergi ke SMK Sungai Pusu... So macam2lah yang perlu diaorang sediakan sebelum pergi ke sana. Bila tengok diaorang semua pindah terasa " Inginkah anda berpindah?" hahaha masih menjadi tanda yan
g tak tahulah tertanya ke tidak. kerana terlalu rumit agaknya. Tapi andai kata dapat pindah sekolah, sangatlah diri ini dengan grup saya " Bingies" dapat berpindah ke MCKK. Hahaha comfirm semua macam pelik jer kan. Yelah sekolah tu kan sekolah all boys takkanlah perempuan dapat masukkan. itulah yang selalu diangan - angankan oleh saya dan syahmina. Boleh dikatakan, hari2 sibuk berangan pasal MCKK ada buat first batch perempuan yang pertama.... Hahaha masalahnya ada ke sekarang ni??? Mestilah tiada!! Tapi kami hope sangat2 yang akan ada MCKK untuk first batch perempuan pertama. Dapat masuk tahun depan sebagai senior segera pun jadilah. Hahaha punyalah kemaruk nak masuk sampai sanggup masuk tahun depan. Itupun kalaulah ada..

Ha! Ada satu cerita yang tersangatlah patut dibanggakan. BSMM lelaki SMKTS dapat meraih tempat JOHAN dalam acara kawad kaki peringkat daerah. Rasa2nya sudah agak lama tidak menjadi juara, akhirnya dapat jua. Waaaaaa seronok sangat, hehehe... Seronok diaorang dapat pergi NGO. Dalam hati ni, teringin sangat nak pergi ke SMK Sri Kundang tu. Nak tengok orang2 JUARA kawad macam mana. So diri ini pun pergilah jumpa dengan Cikgu Rozana untuk bertanya. Cikgu kata boleh tapi paling ramai 2 orang saja, lepas tu pergi tanya Muhammad dia benarkan pergi ke tidak. Bila cikgu dah bagi ' Green Light', tepa
t jam 4.00 petang terus laaaa pergi ke padang kawad nak tengok diaorang kawad. Sampai jer dekat sana, buat2lah tanya dekat Muhammad apa lagi barang yang tidak cukup untuk esok( tapi sebenarnya memang tanya betul2 sebab cikgu yang suruh tanya). Muhammad pun cakaplah rasanya dah tiada apa lagi kot. Sebab Muhammad kata cikgu nanti nak pergi UG nak beli aksesori. Lepas tu, mulalah agenda tanya pasal boleh pergi ke tidak. Muhammad kata cikgu ada cakap dekat dia, so dia kata bolehlah aku kasi korang pergi. Waaaaaa gembira tidak terkata. bisu terus jadinya.

Tapi bila dah dapat keputusan, dilema pula muncul bertubi - tubi dah tidak tahu nak bawa siapa. Raimi ke, Min ke, Nadia ke???? Tapi yang paling tidak seronok sekali, lepa
s je balik tusyen Muhammad call. Dia kata tadi cikgu call dia kata yang pengetua tidak kasi budak perempuan ikut sekali. Argh! Bengang je dekat pengetua tu. Apa salahnya ikut sekali pun, bukannya buat benda yang bukan2. Kami nak pergi Tengok sekolah lain kawad bagaimana. Dah pengetua tak bagi, macam nak meraung jer laaa kan. Hish pengetua nie :(...

Owh ya, kalau dulu saya mula2 suka dekat orang ini, kemudian orang ini, lepas tu orang ini.... Kenapalah terlalu ramai orang yang saya suka ni?? Haish pun tidak sangat memahami perangai diri ni yang satu ni. Sebenarnya bukan suka tahap cipan laaakan. Hanya mungkin gemar melihat perwatakan ataupun rupa paras lelaki tersebut. Jadi sekarang sudah tambah lagi seorang. Ha
haha jangan terkejut. Sudah dimaklumkan tadi yang diri ni sangat ngada2 kerana asyik jumpa orang baru jer nak suka. Hahaha












Kata hati ngada2 yang memikirkan keadaan mixer yang berada di tangan Syafiqa: Harap2 besok EST tiada sambungan lepas sekolah.. PLEASE SIR ZAHAR