Thursday, July 7, 2011


Besok ada BIOLOGY..

Perlu korek telinga kalau tak, tidak kedengaran suara guru berspectkan mata.
















kata hati ngada2 yang penat hari ini: betul ke ko nak suka dekat dia?

Tuesday, July 5, 2011

Rahsia dibongkar oleh MAIZATUL / Aku tidak sokong folio!!!


Salamm semua. Tadi kat sekolah cm xblaja jer. byk gak cikgu xmasuk. Cikgu BI, BIO. Dua jer. Tapi time SIR ZAHAR banyak pulak incoming call. Kena tangkap gambar laaa, buat oral sebab pelawat datanglah. Macam2. Yang classmate aku semua tidak kisah yang penting balik AWAL. Bila sir dh selesai urusan. Ada lagi call. Adoi yang mereka2 ini seronok bukan kepalang laaa. Terutama MIGHAA. Kemudian sir kata, awak semua boleh balik awal tapi kena buat powerpoint pasal satelite pulak. Waaaa aku sokong!! Selasa lepas sir ada juga nak buat powerpoint. Tapi sir bagi pilihan nak buat folio ke powerpoint. Ramai pilih folio. Mari kita lihat disadvantage buat guna folio.

Disadvantage buat project guna folio:

  1. Pembaziran ink printer. (mahal taw korang je xtaw)
  2. Kertas!!! Bukan ke kita ada buat project "Save Our Forest"?
  3. Duit nak pergi binding, nak beli cover folio? Memang laa ada yang murah tapi nak ke korang bagi dekat sir yang buruk?
  4. Banyak kerja kot nak buat. Nak edit biar center nnt print cantik, kot2 ada yang nak print colour. Tuntasnya banyak kerja korang kena buat.

Berliku - liku jalan kalau nak buat folio












kata hati ngada2 kepada penyokong F.O.L.I.O: Fikir2kan hajat yang anda nak capai itu. : ) dan Mai janji ya!

Monday, July 4, 2011

Aku A.N.G.A.U ke??







Siap taruk Nama dia kat belakang kad bas

Curi no phone yang dia tulis daripada buku conteng2 Nadia

TERmimpi pulak pasal dia semalam...



















kata hati ngada2 kepada Afiqah: EST dah siap ke belum, karang kena marah dengan Sir Zahar.

Sunday, June 5, 2011

Hari raya aidilfitri pada 3 Rejab


Apa khabar rakyat Malaysia yang hari ini wajib pergi ke kenduri2 kahwin. Semalam aku pergi balik kampung, mak aku ada pulak gethering dengan kawan2 dia time sekolah menengah dulu. Aku namakan " Gathering Warga2 Tua ". Sememangnya boring gilalah kat situ. Siap ada pihak karaoke tak diundang. Dahlah nyanyi tak sedap. Kalau sedap bolehlah terima kott.

Malam itu, aku dengan family tidur dekat Trolak Residence Resort. Sejuklah pulak pasang aircond. Dahlah aircond dia tak boleh naikkan suhu, remote tv pun rosak.
Nasib baik boleh tukar dekat tv. Lepas itu, semalam tengok " Jemaah Kolestrol ", cerita yang agak lawak dan mungkin memberikan sedikit kesedaran kepada aku.

Hari ni, aku kena pergi 5 kenduri kahwin. Punyalah banyak sampai tak dapat nak pergi dua yang terakhir. Akhirnya perut ini penuh, senak. Rasa macam nak pergi masuk toilet jer. Hehehe :P




Afiqah mula nak berangan la tu. : )










kata hati ngada2 pada 10.36: Afiqah sudah sedar atau belum?









Wednesday, June 1, 2011

Harap maklum kau yang buta warna !


Hai semua, sekarangkan cuti sekolah tapi aku bukan dapat cuti banyak pun. Ini kerana diri ini telah bersetuju menyertai pertandingan e-PPDA yang akan berlangsung 16 jun nanti. So kenalah buat Powerpoint punya presentation. Tapi aku, mai dan nadia takdelah pandai sangat nak buat powerpoint tu. Jadi sir zahar, guru EST kiteorang pun panggillah Naim. Budak SPM 2009. Sir kata Naim ni pandailah buat powerpoint ni. Dia tu dulu contestant tahun 2009 punya e-PPDA.

Dia pun bantulah macam2. Sampai sir puji gila2 la dia tu. Hish sampai naik bengang jer. Semalam kiteorang buat meeting lagi. Tapi kali ini sir zahar tiada.

Sir Zahar: Afiqah, I can not make it to school this morning. But bro Naim will be there.

Saya: Oh, okay sir. Tapi sir nanti kiteorang buat meeting di mana?

Sir Zahar: Korang nanti buat di kantin. Saya dah cakap dekat Naim.

Saya: Okay :)



Yeah, sir zahar tiada. Tapi Naim tu pulak yang ada. Aduih. Bak kata pepatah Mai, lagi bagus kalau dua2 tiada. Hahaha. Lepas tu, janji pukul 9 pagi tapi datangnya pukul 9.45. 45 minit kott lambatnya. Lepas dah lama berbincang tu, Naim pun tunjuklah powerpoint yang dia buat dekat kiteorang. Cantiklah dia buat memang tidak dinafikanlah. Lepas tu, tiba2 dia tanya,


Naim: Wei, background ni warna hitam ke kelabu?

Saya: Eh, warna hitamlah.

Mai: Aah, warna hitamlah


Lepas tu dia tanya lagi kelabu dalam English apa. Kiteorang pun cakaplah GREY!. Mai dengan aku gelak jer. Lepas tu, dia tanya lagi pasal background dia tu warna hitam ke kelabu? Haa? Aku pun bertambah bingung sampai terbuat statement yang tersangatlah bodoh. Aku boleh pulak tanya dekat dia, ko kata yang ni kelabu ke yang ni kelabu(kelabu yang kedua tu aku pergi tanya background belakang powerpoint tu. Yang warna biru tu. Dia pun boleh marah aku dan kata, eh kau ni biar betul!. Argh! Dia yang buat aku bingung lepas tu nak marah aku pulak. Aduih....


Peringatan: Naim sila pergi check mata anda! :P












Kata hati ngada2 pada hari ini yang bengang dengan Naim Sengal tu: Sudah pukul 3.15..

Saturday, May 28, 2011

Penat + Happy

Semenjak cuti berlangsung, rajin pula aku mengupdate blog ini. Hari ini agak letih juga. Pagi tadi pergi sekolah untuk perbincangan tentang powerpoint punya pertandingan. Aku, Mai dan Nadia mewakili sekolah untuk acara ini. Agak gementar kerana tidak tahu nak buat apa. Hahahaha, habislah kena marah dengan sir nanti.Tadi Naim bekas senior pun ada. Hahaha sir laaa menyakat kiteorang terlebih pula tadi. Grrrr.. Geram aja kami. Bila jumpa dia tadi rasa macam first time pulak jumpa. Waaa rupa paras boleh tahan.Hahaha.


Lepas tu, balik rumah pukul 12 pm. Dalam pukul 5.30 keluar rumah untuk pergi rumah Fahmi pula.Dia nak pergi umrah time cuti nanti. Seronok betul. Kiteorang tangkap gambar macam2. Dekat sana, kiteorang makan nasi ayam, kuih kole kacang dengan kek coklat beserta air oren dan buah tembikai tidak lupa juga kepada dadih. Semuanya sedap2. Adik2 yang dekat sana, alahai kecil2 dan comel2 gitu. Ada yang terlebih agresif pun ada. Haish macam.


Saya happy + gila = ?















Kata hati ngada2 yang sudah2lah tu berangan: Kami doakan Fahmi selamat pergi dan pulang. :)

Friday, May 27, 2011

Apa rasa ada banyak tangan?

Malam ini tak tahu kenapa terlalu awal ngantuknya. Mungkin sebab terlalu penat kemas rumah tadikan. Oh yer, SCHOOL HOLIDAY is starting now. Tidak sabar rasanya mahu menikmati kenikmatan sebagai pelajar sekolah. Ramai kata, " alangkah seronoknya kalau sudah habis sekolahkan? ". Majoriti berkata begitu. Sebenarnya, zaman persekolahan adalah zaman yang paling seronok dalam kitaran hidup manusia. Pelbagai agenda hidup kita berlaku di sekolah. Dapat kawan baru, kelas lawa, meja ala biasa2 saja, gaduh2 dengan rakan dan banyak lagi. Semua itu kita dapatkan di sekolah. Di sekolah, kawan2 kita semua sekepala dengan kita. Kalau kita dah besar, mana nak cari dah kawan macam itu? Haih, saya tidak mahu graduate sekolah.

Hehehe, semalam baru saja beli barang untuk buat keychain2 dekat http://kedaisus.blogspot.com/ . Sebenarnya dah lama ingin beli tapi minggu sebelum p
eperikasaan baru my mum bagi kebenaran. So Khamis hari tu, tempahla dekat dia. Macam2 aku beli. Dan total keseluruhan barang termasuk harga untuk pos laju, RM90. Tidak sabar nak dapat barang. Maybe hari Isnin or Selasa depan dptlah barang itu. Hehehe, cadangnya nak buatkan untuk mY BINGIES and untuk hari jadi farah mazuini and mira khairi. Tapi tidak tahulah cantik ke tidak. Setakat ini, sudah banyak design2 dari internet yang di ambil untuk di jadikan contoh. Yang senang2 jerlah. Lepas ini, kena belajar cara nak jahit insang pari and backstich. Hope mak cik saya boleh ajar. Dia dulu pergi kelas menjahit. Nanti apabila dah sampai barang and bendanya sudah menjadi dengan elok dan lawa, akan di postkan di blog ini untuk pencucian mata beramai2 ramai.



kalau ada banyak tangan, senang sikit nak peluk kawan2 saya 8 orang sekali dan tidak akan lepaskan mereka. Saya sayang gila2 dekat kawan2 saya. BINGIES, SOG, Budak2 KAA 2nd generation and Budak2 4 MUsytari.















kata hati ngada2 yang merasakan, afiqah baik pergi tidur sekarang: sememangnya saya ingin tidur. :0